 |
 |
Kejadian Tanah Runtuh Di Lebuh Raya |
|
 |
|
 |
|
 |
 |
APA dah jadi dengan jaminan keselamatan berkaitan tanah runtuh di lebuh raya? Berikut adalah senarai peristiwa tanah runtuh yg telah terjadi di lebuh raya kita:
11 Oktober 2004 - tanah runtuh berlaku di Kilometer 302, Lebuh Raya Utara Selatan, Gopeng.
26 November 2003 – tanah runtuh berlaku di Km 21.8, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berampiran Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.
18 Januari 2001 – tanah runtuh di Km 16.1 (Arah Utara) berhampiran Plaza Tol Skudai, Johor.
3 Disember 1999 – tanah runtuh di Km 449.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh, dipercayai berlaku kerana kedudukan kolam bekas lombong yang terbiar.
13 Disember 1999 – perhubungan lalu lintas di antara pekan Sedenak menghala ke Simpang Renggam, Ayer Hitam dan plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan terjejas, berikutan kejadian tanah runtuh di Km 52 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.
6 Januari 1996 – runtuhan lereng bukit di Kilometer 303.8 Lebuh Raya Utara Selatan dekat kawasan hentian rehat Gua Tempurung, Ipoh, mengorbankan seorang pemandu lori, Abdul Hamid Kodim.
30 Oktober 1995 – tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands selepas hujan lebat.
3 Jun 1995 – seramai 20 orang terbunuh manakala 22 cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur masuk ke Genting Highlands, iaitu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira 200 km dari Terowong Genting Sempah.
15 November 1994 – berpuluh kenderaan termasuk bas terkandas di kedua-dua bahagian Lebuh Raya Timur Barat apabila lebuh raya itu terputus berikutan kejadian tanah runtuh di Km 32, dekat Jeli, Kelantan.
11 November 1994 – tragedi tanah runtuh di Jeli, Kelantan berulang lagi empat hari kemudian di kawasan yang sama iaitu Km 32 menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas.
31 Disember 1993 – seorang wanita terbunuh, manakala tiga lagi cedera apabila van mereka terhumban ke dalam gaung selepas sebahagian tanah di Km 59.5 Lebuh Raya Timur barat, runtuh.
25 Disember 1993 – Jalan Kuala Kerai-Gua Musang ditutup pada semua kenderaan berikutan tanah runtuh dan jalan rebak di Km 62 dan 70.
22 Disember 1993 – hubungan darat Lebuh Raya Timur Barat hampir tersekat apabila tanah runtuh di sembilan kawasan lereng bukit di Kelantan. Kawasan terbabit ialah di km 9, 20, 24, 25 dan 26.
15 Disember 1993 – tanah runtuh di jalan Persekutuan berdekatan Kuala Lipis menimbus sembilan kereta. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
28 November 1993 – dua kakitangan Jabatan Pemegang Amanah Raya yang menaiki motosikal terbunuh dihempap batu, akibat runtuhan tanah di Km 63 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
23 November 1993 – tanah runtuh di Km 25.5 Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur menyebabkan beratus kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tiada kemalangan jiwa.
14 November 1993 – sebahagian daripada jalan di Km 32 Jalan Bentong - Kuala Lumpur berhampiran Bukit Tinggi, Pahang mendap dan runtuh dipercayai berpunca daripada air mengalir di bawah tanah.
24 Oktober 1993 – seorang terbunuh manakala 15 cedera dalam kejadian tanah runtuh di Km 58 Jalan Kuala Lipis - Gua Musang. Runtuhan dianggarkan membabitkan kawasan seluas 100 meter.
17 Oktober 1993 – tanah runtuh berlaku di Km 32 Jalan Pahang menuju ke kawasan peranginan Cameron Highlands berikutan hujan lebat menyebabkan jalan di antara Tapah dan kawasan peranginan itu terputus.
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
| |
 |
|
|
 |
| |
| Rujukan Penaja |  |
| Pautan |  |
| Penilaian |  |
Markah Purata: 3.16 Undian: 6

| | |  | | Pilihan |  |
|