Ads Tips Collection to SEO Web Optimization

SalamX..!!

Ads Tips Collection to SEO Web Optimization

Kekadang orangpun pelik, apa la yang aku dok buat web macam-macam jenis nie. Tapi sebenarnya Blog di atas merupakan sumber untuk menyiapkan Tesis Master aku sekarang nie. Aku kena cari source sesebuah web bagi memastikan P & P yang menggunakan media laman web dapat dicapai oleh pelajar dengan mudah, selesa dan berkualiti.

Secara tak langsung, kajian aku nie ader melibatkan SEO Optimization. Elok sangat le tu… kena dengan dunia Ads “G” yang aku sedang usahakan sekarang nie hehe…!!

(Baca selanjutnya…)

Keroncong Eddie Kontoro

SalamX..!!


Video klip kat atas merupakan Persembahan Keroncong oleh Saudara Eddie Kontoro (member sekelas / gambar tengah) ketika kami sama-sama ngadap assignment Master. Dia juga merupakan seorang pensyarah Keronsong di Aswara Kesenian Johor. Kira aku beruntung gak le sebab dapat member-member sekelas yg bebetul power dalam bahagian memasing.

Oh ye… gambar depan sekali tu Ajax (bekas pemain Bass EYE) tapi bukan orang lainpun sebab semasa kami di Maktab dulu dia merupakan pemain Drumer kumpulan aku hehe…!! Pi mai pi mai… tang tu jugak… kenangan sungguh…

Jadi… apa tunggu lagi… jom layan keroncong….. :-D

Meja Kerja

SalamX..!!


Hee…

Inilah meja aku ngadap pelbagai keje… baik dr sudut Muzik Sonar Kibod WorkStation hingga le ke dunia Portal. Yg Si Kecik tu… itu je keje dia, asyik kacau kacau kacau je… :-D

Tapi best gak ader bebudak nganggu… takde la sangat aku asyik ngadap pc je manjang… kalau tidak tak ingat dunia siang malam… :-)

Ads “G” Rekod

SalamX..!!

Dunia Ads “G” nampaknya dah semakin rumit… ramai yang mengeluh Acc Ads “G” kena ‘Beku’. Tapi alhamdullillah, dalam masa yang sama juga aku dah berjaya menempa rekod baru.

Walaupun takde la semeriah mana sambutannya, namum kejayaan nie dah menunjukkan cara-cara kemasukan SEO Source ke dalam page dah menampakkan hasil.

Walaupun begitu, aku turut bersimpati kpd rakan seperjuangan yang Accnya dibekukan tanpa sebab yg munasabah. Sesilap Acc aku yg semangga niepun mungkin turut kecundang sikit hari nanti… mana le tau…

Owh ya… buat penyejuk hati, di sebelah nie ader aku letakkan Cek hasil terkini kalau sudi-sudi nengok le hehe…!! :-D

Coral Bay Resort - Pengurusan Blog

SalamX..!!


Baru-baru nie di Pangkor sekali lagi para Guru ICT LMS berkumpul di Coral Bay Resort untuk berkursus tentang Pengurusan Blog. Dan aku jugak tak ketinggalan dalam memenuhi slot merapu aku dalam memberi serba sedikit tips dalam Pembinaan Blog. Memula tu gabra gak… tapi lelama tu aku main redah je la… janji para cikgu yang hadir tu dapat apa yg dia org perlukan.

Alhamdullilah… objektif kali nie nampaknya tercapai. Walaupun speed ngajar tu slow, tapi dalam masa 2 hari setengah nampak gak guru-guru yg hadir menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Syabas cikgu… cikgi… :-D

p/s Pengalaman ngajar pelajar Master Upsi.. dah 14 minggu ngadap blogpun masih ader yang tak reti “Edit Post” lagi haru hehe…!!

Pening Ngadap Kertas Projek

SalamX..!!

Weh~!! Sibuk aku masih belum selesai. Kertas Projek masih peringkat pertengahan. Masa nie kalau ngadap YMpun terasa buang masa, ngadap Adsensepun terasa lagi buang masa. Pendek kata, semua aktiviti-aktiviti rutin kat internet nie dah kena kurangkan.

Kertas Projek nak kena settlekan jugak secepat mungkin, baru hati rasa tenang, jiwa rasa bebas. Kalau tidak asyik fikir itu je manjang… bak kata mandi tak bersabun… tido tak bismillah… makan tak sedap… Kali nie terpaksa dan kena paksa gak diri siapkan Kertas Projek, baru selesa buat keje apapun.

Walaupun Earning Adsense berada dalam keadaan kritikal akibat ekonomi meleset nie… tapi aku rasa tak sempat jugak nak betulkan keadaan. Jalan dah nampak… cuma masa je takde dah nak ejas itu ejas ini. Kena abaikan terus sampai siap bebetul Kertas Projek aku. Tapi kalau nak usyar Cek Google terkini aku… klik je imej kecik kat bawah nie. Ader le sikit dari takde langsung….


Alahai… tak sabar nak habiskan Kertas Projek…!! :-x

Cuti-Cuti Mandi Kolam

SalamX…!!

Hehe… gambar kenangan kita org berkelah di Laketown Resort Ahad lepas. Tiket sorang RM10 je hasil kupon dari adik ipar aku. Photo yg kau org lihat nie campuran kroni kita org hehee…!! :-D :-)

Mr LePaK & Geng Music Master


SalamX…!

Hentam saje la labu… itu la style kita orang kat fakulti nie… janji cun hehe…!! Oh ye… nie fist time aku try buat movie pakai flash media, pening gak nak masukkan button Play/Stop tu… naik berpinau mata.

Apa-apa halpun… jom layan…. :-D